CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 22 July 2013

Cerita Hati Bicara Kata

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. :)

dah lama rasanya tak menulis kat blog ni. sampai dah tukar nama blog dah pun. Allah rindunya nak merapu meraban mcm dulu. last time aku merapu masa kat matrik dulu. al maklumlah,i bukan blogger terkenal. hehehe. takpe lah. biar manusia tak kenal. asalkan Allah kenal aku. ye dakk??

cerita hati bicara kata. 

apa yg kita tau pasal ni ye? cerita hati tu maknanya apa yg ada dlm hati yg ingin diceritakan kepada semua orang. bicara kata pulak kata kata yg nak diluahkan oleh mulut dan lidah yg dianugerahkan oleh Allah ni. pertama sekali,BERSYUKURLAH! bersyukur kerana kita masih dikurniakan nikmat Allah ini. mampu bercerita. ada org lain nak bercerita pun segan. ni anugerah tau.

Alhamdulillah,setelah aku penat lelah belajar kat matrik dulu,(penat ke?),Allah dah beri aku lg satu nikmat. aku nak masuk UKM weiii!!!! dgr ni aku jerit ni!! Ya Allah,aku dah terbayang muka mak aku masa dpt tahu aku dpt masuk UKM tu. aku tahu mak aku gembira sgt sgt. sbb aku harapan dia. aku yg akan membela masa depan mak dan adik nanti. mak siap ckp kat aku,nanti ramai nak ikut nak hantar aku masuk uni. Ya Allah bahagia rasanya bila kita dpt gembirakan hati keluarga yg dicintai.

keluarga dan ilmu,hanya itu harta yg aku ada. harta yg sgt berharga. meski tak lengkap,tp aku bahagia. sejauh mana aku pergi,hanya mereka di hati. tp aku tak dpt kongsikan kegembiraan ini dgn arwah tok dan arwah wan. andai arwah tok masih ada,mesti arwah akan pesan supaya aku jaga diri,belajar pandai pandai,selalu telefonnya. Ya Allah,rindunya. Al-Fatihah buat mereka. moga tenang di sana.

Alhamdulillah. setelah hampir 3 minggu arwah meninggalkan kami,Allah menghantar 2 org anak saudara aku sbg pengganti. sekilas pandang seorang mcm muka arwah tok. seorang mcm muka arwah wan. Allahurabbi. :') semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah. 

aku? mak dah pesan suruh cari seorang 'kawan' kat UKM nanti. haiii,jauh sgt mak fikir ni. anak mak ni nak belajar dulu. tp kalau mak serius sgt aku suruh mak je yg carikan nanti. aku tak kisah yg tak handsome,tak kaya. yg aku nak cuma yg mampu bimbing aku ke JannahNya. 

seperti firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 26

سُوۡرَةُ النُّور
ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ (٢٦)

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (26)

ayat ini lah yg aku pegang buat azimat sepanjang masa. kalau aku nak lelaki yg baik,yg cintakan Allah,aku kenalah jd wanita yg baik dulu. ye dak?? Allah ckp kalau kita cari cintaNya,kelak Dia akan menemukan kita dgn org yg mencintaiNya juga. cintaNya yg aku dambakan. cinta manusia akan pudar,tetapi cinta Allah takkan pernah pudar.kita takkan pernah rasa kecewa bila kita bercinta dgn Allah. 

Ya Allah,temukan daku dengan jodohku yg tepat,di waktu yg tepat,ditempat yg tepat yg telah Kau redhai. jagakan hatiku hanya utk yg halal buatku. sesungguhnya Kau pemilik segala hati hati yg ada di dunia ini.

semoga Allah redhai :)


Thursday, 14 March 2013

Permulaan Perubahan.

Assalamualaikum W.B.T.

Apa khabar anda semua? Apa khabar iman kita? Ish,skema bebenor la pulak. Be yourself Nadwa! Ok. Pagi pagi dah merepek. Apa masalah nya ntah la aku ni kan? Actually aku nak cerita kat korang sikit masa mula mula aku bercadang nak pakai purdah, tudung labuh. bla bla bla. Kalau ikut bahasa aku dulu masa zaman bengong bengong, stok ustazah la kata kan. Tp tu dulu la. Masa zaman tak betul lg. In Shaa Allah sekarang aku berada di landasan yang benar. Aminn. Semoga kita semua berada di landasan yang benar. Hah! Back to the story,aku bukan nak cerita untuk membanggakan diri. tak ada apa yang aku boleh bangga kan. Kalau ada orang ckp dekat aku yang aku ni baik,aku akan sangkal apa orang tu cakap. Sebab hanya aku dan Allah yg tau sejarah silam aku. Astaghfirullah. 

Ceritanya bermula mcm ni. Ewahhh,mcm nak masuk story telling la pulak kan? Gedik betul ye kau Nurul Nadwa. Haha. Ok ok,sambung balik. Sebenarnya drpd sekolah rendah lg aku dah teringin nak buat semua benda ni. Dulu kan pergi sekolah agama kena ambil UPKK,korang siapa yang pergi tu mesti tau la kan.Bila dah ambil ujian tu,Alhamdulillah,Allah bg rezeki kpd aku dgn keputusan yg cemerlang. Tp masa tu mana reti nak appreciate result UPKK. Org tak pandang. Astaghfirullah. Tak bersyukur betul ye kau. Bila dah dpt result yg ok,ustazah pun suggest dekat aku dan kawan kawan untuk ambil ujian untuk masuk sekolah menengah agama. Dulu aku nak masuk Sekolah Ta'ayah,tahu tak? Yg dekat ipoh tu. Sekolah perempuan semua. Tp sbb result ujian aku teruk,tak dapat. Sedih wooo. Tp lepas drpd tu aku aim nak masuk SBP or MRSM pulak. Tp last last SMK Convent Teluk Intan jugak yg aku pergi. Akhirnya,dgn penuh kesabaran,ewaaahhhh,aku dapat jugak masuk SBP Intergrasi Gopeng yg tercinta kat sebelah matrik aku ni. :)






Sekarang ni sekolah ni makin lawa. Aje gedik benor,bila batch aku dah keluar baru nak cun. TP mcm mana pun sekolah ni ttp cntik kat mata aku. Tak pernah lg aku jumpa kawasan yg bersih mcm sekolah ni. Nak jumpa sampah pun ssh. Dlm tong sampah byk laa. Haha. Nampak tak kat situ, Allah tak bg aku masuk Ta'ayah sbb Dia nak bg nikmat yg lg besar. Alhamdulillah. Masa mula mula masuk sekolah ni,aku terkejut jugak,ramai sgt yg pakai tudung labuh,sedangkan aku tudung standard je. Standard ape benda nye. Pendek la jugak dulu. Takat cukup tutup dada je. Teruk betul perangai.Tp dah lama lama,lepas habis sekolah baru aku terfikir,tak malunya aku tayang dada aku dekat org ramai.Umpama macam aku tak pakai baju je. Pakai tudung tapi tak tutup dada. Malu tau.




   Mula mula masa pakai tudung pendek tu mmg tak malu la ceritanya. Kalau malu for sure tak pakai kan? Dah lama lama,aku perasan,kawan kawan aku ada yg dari sekolah agama,dididik untuk melabuhkan tudung,tp lepas masuk sekolah lain,masuk matrik,tudung makin pendek,aurat tak jaga. Sedangkan depa dah dididik tu. Aku mula sedar,Allah dah suruh tutup aurat,tak wajib pun pakai tudung,tp wajib tutup aurat! Fikir la sendiri. Biar la orang kata apa pun,yg penting aku malu dgn Allah yg bg aku macam macam nikmat. Tp sekali Dia suruh aku tutup aurat,benda senang,takkan aku tak boleh buat kot kan? 




Ada satu hari aku duduk kat masjid kat kolej aku ni,depan masjid tu padang. Ada la geng geng ragbi tgh main ragbi. All of sudden,aku ternampak la ada pemain ragbi yg pakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat dia. Wallahua'lam pemain tu Islam ke tak,tp kalau Islam aku malu. Kalau dulu dekat sekolah kita boleh tutup aurat masa beriadah,kenapa dekat kolej dah tak boleh tutup aurat? Lelaki ada aurat lelaki,perempuan ada aurat perempuan. Tp kenapa masing masing taknak jaga aurat? Aku sedih. Aku tak baik. Dan aku juga bukan maksum. Aku pun buat salah. Tp aku tak sanggup tgk saudara saudara aku dpt kemurkaan Allah kat akhirat nanti. 

Yg perempuan pulak,selalu aku nampak depa ni selepang tudung sampai nampak bentuk buah dada tu. Kadang kadang aku terfikir,depa tak segan ke lecturer nampak,budak lelaki nampak? Aku yg perempuan tgk pun malu. Aku nak tegur,rasa macam tak mampu.Lemahnya iman aku. Aku harap satu hari nanti akan datang kekuatan tu. In Shaa Allah. Aku tak nak aku sorang je yg berubah. Aku naksemua org yg beragama Islam ni bgn. BANGUN TEGAKKAN ISLAM!! Bukan duduk diam macam for sure akan masuk syurga je.

Huish! Panjang bebenor dah aku merepek ni. Tp aku harap apa yg aku merepek ni ada manfaat la kat hangpa. Aku tak mau buat kerja sia sia. Tak sanggup aih tanggung dosa. Dosa teman udoh le byk. Heeee. Astaghfirullah.  Next time share lg ok. Assalamualaikum.

p/s: Jgn lupa sampaikan kat kawan kawan yg lain jugak tau! :) 

Tuesday, 8 January 2013

Belajar Sesuatu Yang Baru

   السلام عليكم

Alhamdulillah,setelah sekian lama tak update blog ni,akhirnya aku dapat jugak satu tajuk yang aku rasa relevan kalau aku nak share dgn korang. Biasalah,sbg manusia, especially umat Islam la kan, setiap apa yg kita buat pasti akan di rekod oleh malaikat yg menjaga kita. Kalau kita tulis benda yg boleh bawa kebaikan kepada org lain, free je dapat pahala, tp kalau kita tulis benda yg mengaibkan, dosa menimbun woo. Hangpa mau kaaa? 

Seriously aku rindu nak meluahkan apa sahaja yg dlm fikiran aku ni dgn pembaca blog aku. Tp di sebabkan kekangan masa (betul ke aku eja tu? O_o ), tak menyempat teman nak mengupdate blog ni. Almaklumlah,dah sem 2 kan. Ecceeehhh. apa beza ntah sem 2 ke sem 1,sama je. Sebenarnya byk sgt assignment yg pending sekarang ni,nak buat tp penat pulak. So rehatkan diri dgn menulis pulak dekat blog yg dah berabuk ni. Nampak tak byk sawang tu haa. 

Ok,back to the title. BELAJAR SESUATU YANG BARU. Pernah tak? I'm sure korang pernah. Sebab bila kita pergi sekolah ke, masuk u ke, even duduk rumah pun kita pasti akan belajar sesuatu yg baru. Malah Tuhan kita sendiri, Allah S.W.T mewajibkan untuk semua umat Islam untuk menuntut ilmu. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ' Tuntutlah akan kamu ilmu hingga ke negeri China'. Aku pasti semua org pernah dgr hadis tu. Kalau korang nak tau,kertas pertama yg dihasilkan adalah dari negeri China,tu pasai Nabi S.A.W suruh kita pi sana tuntut ilmu. Bukan la pi tuntut ilmu nak buat kertas tu,tp jelajah ke mana sahaja untuk menuntut ilmu. Dan pastikan niat kita hanya kerana Allah Ta'ala.

Jom doa sama sama
' Ya Allah Ya Tuhanku,sesungguhnya aku menuntut ilmu kerana-Mu,untuk memartabatkan agama-Mu,ikhlas kerana-mu Ya Rabb. Redailah ilmu ku ini dan izinkan aku untuk menuntut ilmu-Mu sehingga akhir nafasku'





Aku ni ilmu takde la byk mana,aku pun still belajar lg. Kadang-kadang aku rasa rendah diri sgt bila aku bandingkan result exam aku dgn roommate aku. Yela,teman ni idak le pandai mana. Mana mau nak lawan dgn depa yg pandai tu. Ye dakkk? Ehhh,tak. Sebenarnya jgn sesekali rasa rendah diri sgt. Hangpa tu dah la rendah,nanti lg rendah. Tak pasai. Hehe. :D Ok,mcm yg aku bgtau td laa kan,aku pun still belajar lg. Kadang-kadang tu ada jugak la rasa mcm nak give up je. Tp kalau sekali kita ada rasa mcm tu,cepat cepat ingat balik,yg kita ni tgh belajar ilmu Allah. Jgn sesekali mengalah utk belajar ilmu Allah. Takkan kita nak bg org kafir yg perintah kita selamanya. Kalau dulu Islam boleh bangkit,kenapa tidak sekarang? Kalau dulu Islam boleh lahirkan ramai ilmuwan,kenapa tidak sekarang? Pernah tak kita terfikir? Jd sbg seorang umat Islam di antara yg berjuta-juta kat bumi Allah ni,nak ke kita kena tindas dgn org kafir disebabkan kita tak berilmu? Astaghfirullah.

 So,pembaca sekalian,jom kita tuntut ilmu sama sama. Kita tuntut ilmu Allah. Tak kira duniawi atau akhirat. Apa saja ilmu yg kita belajar sekarang ni adalah dtg dr Allah. Rugi kalau kita tak belajar. Cuba tgk depa ni. Semangat nak belajar. Walaupun sbnrnya sgt ssh benda tu. 


















 
   Tu semua gambar budak kelas aku. Aku bangga sebab diaorang semua adalah umat Islam yg masih ada keinginan utk belajar. Ada di antara mereka yg tak pernah belajar pun benda benda tu sebelum ni. Tp mereka belajar benda yg baru dan mereka berjaya! baguskan? Jd,belajarlah walaupun hanya sedikit input yg kita dpt. Jumpa lg. Harap bermanfaat post ni :) السلام عليكم  

Monday, 10 December 2012

Hari ni result PSPM keluar u know?

Assalamualaikum :)

Hari ni result keluar,dan AKU SANGAT CUAK!! Astaghfirullah. Seram Sejuk rasanya. Takut wooo. I'M GOING TO TAKE MY RESULT NOW! Pray for me :)

Assalamualaikum :)

Saturday, 8 December 2012

Lu pikir lu bagus nak marah marah? Bajet la lu..



Assalamualaikum wahai hamba Allah yg di redai sekalian. Cer tgk title post tu. Ewahh. Cer gitu. Pembetulan. Cuba tgk title post tu. Ada rasa nak gelak tak? Aku yg tulis ni pun rasa nak gelak guling guling je. Cewahhh. Gaya macam kak yong gangster nak belasah org je. Haha :) Tak senonoh betul perangai awk Nadwa oi.

Tgk domo tu. Mrh tp comel. Tp cuba tgk diri kita kalau mrh. Comel ke? Rasanya tak. Hodoh lg adalah.Kita semua tahu yg mrh tu tak elok. Tp kenapa ada antara kita yg tak sedar lg bahawasanya mrh tu tak baik? Dok gedik gedik jugak nak mrh mrh. Aje gedik teman nengoknye kome ni. 

Kita tak pernah sedar yg kita marah sebenarnya. Kadangkala mrh tu boleh jd dalam bentuk kita mengumpat,kita conteng lecture note dgn gambar kartun,kita buat muka tak puas hati dan mcm mcm lg la. Terkejut tak? Sebab aku pasti sepasti pastinya korang pernah buat. Tp semua tu kita tak sdr kan? Aku sendiri pernah buat. Tak tipu. Astaghfirullah. Kalau dah sedar skg cepat cepat lah beristighfar. Ingat Allah. Bertaubat. Sebab masa kita mrh tu,syaitan dok gelak terguling guling sbb dah berjaya memperdaya anak cucu cicit Adam. 

Kita manusia adalah yg sebaik baik kejadian. Kita adalah ciptaan Allah yg paling mulia. Sbbnya manusia pertama yakni Nabi Adam A.S,ciptaan Allah yg paling mulia,Allah mengarahkan para malaikat yg selalu berzikir terhadap Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam,kecuali Iblis yg angkuh tak nak bersujud kpd Nabi Adam. Alasannya manusia dicipta drpd tanah,sdgkn Iblis dan syaitan dicipta drpd api. Kononnya Iblis lg mulia,sdgkn Allah mencipta kita drpd pelbagai unsur. Unikkan manusia? Hangpa ja pkiaq yg hangpa tu tak dak apa aoa. 

Mrh tu sifat syaitan. Sedangkan kita adalah makhluk paling mulia,takkan nak ada peragai yg sama mcm syaitan. Tak mau la ceq. Apabila kita terasa yg diri kita dilanda amarah,cepat cepat beristighfar. Dengan beristighfar,kita bukan sahaja dah mengingati Allah dan dpt pahala,malah satu titik hitam dlm hati kita akan hilang. Amazing right? Lg tak mau ingat Allah. Kalau la hangpa nampak pahala tu mcm emas,confirm berebut rebut nakkan? Then,jdlah hamba yg bersyukur. Sesungguhnya dgn bersyukur,kita boleh buang sifat amarah dlm diri,dan dpt terapkan sifat sabar dlm diri. Tak rugi tau jd org yg bersabar. Allah syg wooo. Lg tak mau ka? 



Kalau rasa diri tu marah,cepat cepat pergi ambil wuduk,then buat solat sunat. Marah hilang,pahala dpt. Best tau. Luahkan segala galanya pada Allah. Allah tu Maha Mendengar tau.Allah adalah pemilik segala hati. Hanya Allah yg lebih mengetahui hati kita. Jgn lupa tu.




Ok lah. Sampai sini saja dulu. Nak buat report blok pulak. Terima kasih keran sudi baca. Harap ilmu yg dikongsikan ni bermanfaat utk korang. Jazakillah. :) Assalamualaikum.  

Tolong Jangan Buang Masa Boleh Tak?

Assalamualaikum.:)

Apa khabar duhai hamba Allah sekalian? Aku harap korang sihat walafiat. Cewah. Aku doakan korang sihat untuk terus melakukan ibadat kepada Allah. Sementara sihat ni la kena buat ibadat byk byk. Rugi kalau kita sia sia kan masa muda yg Allah dah bg ni.

Minggu ni aku sibuk sgt,homework berlambak-lambak. Tp tak pernah buat pun. Hehe. Sampai roommate aku kat, 'Wawa,sy selalu dgr awk ckp homework byk,tp tak pernah nampak awk buat pun. Tp kalau awk dah buat tu,15 minit je dah siap.' Tipu apa entah Emily ni. Aku dr pg td buat assignment Chemistry ni tak habis habis lg. Otak blank. Byk lagha la ni. Astaghfirullah. Terlalai drpd mengingati Allah boleh buat otak kita yg cerdik ni blank tau. Jgn contohi aku. Tak senonoh betul perangai. 



Aku ada tutorial yg sgt byk,dgn report blok lg. This week all of this work must be submitted. Mati mati. Skg pun sebenarnya aku tgh buat assignment ni,tp nak rehat kejap. Ewaaahhhh. Drpd pg tgk movie nak rehat apa Nadwa oi! Melampau betul. Haha. :) Semalam ingat nak buat report blok,tp terlupa pulak nak pergi ambil list name ahli blok. Dah cakap dekat penyelia asrama dah hari Khamis hari tu. Astaghfirullah. So people,manage your time wisely. Jgn jd mcm aku.



Buat renungan semua.Surah Al-Asr.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Demi masa. (1)
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.(2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.(3)

So,apa pendapat korang? Nak membazir masa lagi? Nak jd org yg rugi tak? tak nak kan. Aku pun. Astaghfirullah. Cuba muhasabah diri kita balik. Berapa byk masa kita buang? Byk sgt sgt kan? Bg aku kalau orang cakap aku suka tidur awal ke,aku tak suka buat kerja ke, aku terima. Sebab aku mmg mcm tu. Tp aku kena terima apa yg diaorg ckp sbg teguran. :) Kita kena bersyukur sbb masih ada yg sudi nak tegur kita. Don't be a loser ok. :) 



Done here. Nanti aku share lg ok. Assalamualaikum.  

  

Tuesday, 4 December 2012

The foolest person on the earth goes to...

Assalamualaikum. :(

Aku ada soalan sikit hari ni. Dalam banyak banyak orang,orang apa yg paling bodoh? Nak tau jawapan tak? Jawapannya ialah aku. Nak tau kenapa? Sat lagi la aku cerita. 

Sedih.Seriously sgt sedih. I'm a person who really need my friend very much. But i'm also a friend who never know how to treat her friend very well. Therefore THE FOOLEST PERSON ON EARTH GOES TO ME!

Kalau boleh digambarkan muka aku.Macam muka dlm gambar gambar kat bawah ni la. Sama je. 


Yg berdarah tu aku.

Totally semua abg hensem tu aku.  

Nampak tak persamaannya tu.Sama kan? Tp sebenarnya mana ada orang yg bodoh dalam dunia ni. Semua orang pandai,bezanya malas dgn rajin je. Tp kes aku ni lain. Bg aku kalau ada kawan yg tak reti hargai kawan dia maknanya org tu bodoh la. Sebab kawan yg baik adalah kawan yg memahami kawannya. Aku ni pulak tak tergolong dalam golongan tu. Astaghfirullah.

Tp kalau korang dalam situasi aku ni,aku nasihatkan cepat cepat la istighfar. And jgn lupa mintak maaf. Sebab walaupun cuma salah faham,bila kita mintak maaf dgn someone,secara automatik kita akan rasa tenang bila org tu dah maafkan kita. Dan dosa kita dgn org tu akan terhapus. 

Tp kalau kita tak mintak maaf,cuba bayangkan masa hari perhitungan nanti,org tu akan cari kita and mintak pahala kita. Elok elok dah boleh masuk syurga,tiba tiba kena tendang pergi neraka sebab org yg ada salah faham dgn kita tu mintak pahala kita. Tak ke rugi kat situ.

So,moral of the story,THE FOOLEST PERSON ON THE EARTH GOES TO WHO DO NOT WANT TO ASK FOR APOLOGIZE!Maka pembaca sekalian,bermaafanlah kerana saling memaafi itu amalan yg tersangat mulia.Sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri ampunkan umatnya,inikanlg kita hamba yg tidak sempurna. 

Assalamualaikum. 

Credits to : Nuraqilah binti Hamid, i love u dear friend. Friendship till Jannah. :)