CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 8 January 2013

Belajar Sesuatu Yang Baru

   السلام عليكم

Alhamdulillah,setelah sekian lama tak update blog ni,akhirnya aku dapat jugak satu tajuk yang aku rasa relevan kalau aku nak share dgn korang. Biasalah,sbg manusia, especially umat Islam la kan, setiap apa yg kita buat pasti akan di rekod oleh malaikat yg menjaga kita. Kalau kita tulis benda yg boleh bawa kebaikan kepada org lain, free je dapat pahala, tp kalau kita tulis benda yg mengaibkan, dosa menimbun woo. Hangpa mau kaaa? 

Seriously aku rindu nak meluahkan apa sahaja yg dlm fikiran aku ni dgn pembaca blog aku. Tp di sebabkan kekangan masa (betul ke aku eja tu? O_o ), tak menyempat teman nak mengupdate blog ni. Almaklumlah,dah sem 2 kan. Ecceeehhh. apa beza ntah sem 2 ke sem 1,sama je. Sebenarnya byk sgt assignment yg pending sekarang ni,nak buat tp penat pulak. So rehatkan diri dgn menulis pulak dekat blog yg dah berabuk ni. Nampak tak byk sawang tu haa. 

Ok,back to the title. BELAJAR SESUATU YANG BARU. Pernah tak? I'm sure korang pernah. Sebab bila kita pergi sekolah ke, masuk u ke, even duduk rumah pun kita pasti akan belajar sesuatu yg baru. Malah Tuhan kita sendiri, Allah S.W.T mewajibkan untuk semua umat Islam untuk menuntut ilmu. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ' Tuntutlah akan kamu ilmu hingga ke negeri China'. Aku pasti semua org pernah dgr hadis tu. Kalau korang nak tau,kertas pertama yg dihasilkan adalah dari negeri China,tu pasai Nabi S.A.W suruh kita pi sana tuntut ilmu. Bukan la pi tuntut ilmu nak buat kertas tu,tp jelajah ke mana sahaja untuk menuntut ilmu. Dan pastikan niat kita hanya kerana Allah Ta'ala.

Jom doa sama sama
' Ya Allah Ya Tuhanku,sesungguhnya aku menuntut ilmu kerana-Mu,untuk memartabatkan agama-Mu,ikhlas kerana-mu Ya Rabb. Redailah ilmu ku ini dan izinkan aku untuk menuntut ilmu-Mu sehingga akhir nafasku'





Aku ni ilmu takde la byk mana,aku pun still belajar lg. Kadang-kadang aku rasa rendah diri sgt bila aku bandingkan result exam aku dgn roommate aku. Yela,teman ni idak le pandai mana. Mana mau nak lawan dgn depa yg pandai tu. Ye dakkk? Ehhh,tak. Sebenarnya jgn sesekali rasa rendah diri sgt. Hangpa tu dah la rendah,nanti lg rendah. Tak pasai. Hehe. :D Ok,mcm yg aku bgtau td laa kan,aku pun still belajar lg. Kadang-kadang tu ada jugak la rasa mcm nak give up je. Tp kalau sekali kita ada rasa mcm tu,cepat cepat ingat balik,yg kita ni tgh belajar ilmu Allah. Jgn sesekali mengalah utk belajar ilmu Allah. Takkan kita nak bg org kafir yg perintah kita selamanya. Kalau dulu Islam boleh bangkit,kenapa tidak sekarang? Kalau dulu Islam boleh lahirkan ramai ilmuwan,kenapa tidak sekarang? Pernah tak kita terfikir? Jd sbg seorang umat Islam di antara yg berjuta-juta kat bumi Allah ni,nak ke kita kena tindas dgn org kafir disebabkan kita tak berilmu? Astaghfirullah.

 So,pembaca sekalian,jom kita tuntut ilmu sama sama. Kita tuntut ilmu Allah. Tak kira duniawi atau akhirat. Apa saja ilmu yg kita belajar sekarang ni adalah dtg dr Allah. Rugi kalau kita tak belajar. Cuba tgk depa ni. Semangat nak belajar. Walaupun sbnrnya sgt ssh benda tu. 


















 
   Tu semua gambar budak kelas aku. Aku bangga sebab diaorang semua adalah umat Islam yg masih ada keinginan utk belajar. Ada di antara mereka yg tak pernah belajar pun benda benda tu sebelum ni. Tp mereka belajar benda yg baru dan mereka berjaya! baguskan? Jd,belajarlah walaupun hanya sedikit input yg kita dpt. Jumpa lg. Harap bermanfaat post ni :) السلام عليكم