Assalamualaikum :) Sebuah ucapan yg suci. Alhamdulillah, Allah masih lg memberi ruang bg hamba- Nya ini menghirup udara segar. Syukran jazilan Ya Rabb.
Title post kali ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Siapa ckp nak berubah satu benda yg mudah? Tak semudah yg difikirkan. Tp bgs juga kalau ada yg fikir nak berubah tu senang. Tp jgn diambil remeh pulak.
Semalam tergerak hati ni nak online kejap. Dah lama sgt tak online sejak BIS mati. Hehe. :) Nak topup malas pulak rasanya. Daripada topup, baik beli makanan ye dakk?
Hah,sambung balik cerita. Semalam masa tgh2 seronok online,tiba2 ada seorang hamba Allah ni tegur. IM aku. Yg aku pun tercengang,sapa pulak laa yg dok IM aku ni. Muka mcm org tua. Takut jugak,mana tau kalau org jahat ke kan? Astaghfirullah. Tak husnuzon langsung.
Mula2 hamba Allah tu bg salam. Alhamdulillah. Aku pun jawab la 'waalaikumsalam. Ye,boleh sy bantu?' Cewah,gaya mcm operator Telekom. Hehe. :) Lepas tu dia cakap,dia cuma nak nasihatkan aku.
Alhamdulillah,masih ada yg sudi menasihatkan diri yg lemah ini. Tu lah pertolongan yg Allah bg kalau hamba-Nya berusaha berubah ke arah jalan yg diredai-Nya. Byk perkongsian ilmu yg aku dpt dr ukht tersebut.
Meskipun berlawanan jantina, tetapi Allah dah cakap, lelaki dan perempuan dibenarkan untuk berbincang sekali hanya yg berkaitan 3 perkara. Salah satunya perkongsian ilmu Allah. May Allah bless him.
Nak berubah ni kena ada bimbingan. Tak semestinya perlu bergantung kepada manusia di hadapan mata. Melalui media massa pun boleh. Walaupun hanya dgn membaca hasil karya orang lain pun boleh. Tetapi jgn biarkan syaitan yg membimbing kita, kerana mereka bukanlah pembimbing, mereka adalah golongan yg hanya inginkan hamba Allah sesat dan jauh dari Allah. Astaghfirullah. Semoga Allah melindungi kita.
Istiqamah teramatlah penting bg seorang hamba Allah yg sdg inginkan reda Allah. Ikhlaskan diri. Sesungguhnya iblis dan syaitan telah berjanji kepada Allah, sesiapa yg melakukan sesuatu ikhlas terhadap Allah, maka mereka tidak Akan mengganggu hamba tersebut. Tetapi jika sesaat sahaja kita lupakan niat ikhlas kerana Allah, syaitan akan terus menggoda kita sehingga kita terlalai dalam mengingati Allah. Aku rasa cukup lah sampai sini dulu. In Shaa Allah perkongsian ilmu ini akan berterusan dgn izin Allah.
Assalamualaikum.



