dah lama rasanya tak menulis kat blog ni. sampai dah tukar nama blog dah pun. Allah rindunya nak merapu meraban mcm dulu. last time aku merapu masa kat matrik dulu. al maklumlah,i bukan blogger terkenal. hehehe. takpe lah. biar manusia tak kenal. asalkan Allah kenal aku. ye dakk??
cerita hati bicara kata.
apa yg kita tau pasal ni ye? cerita hati tu maknanya apa yg ada dlm hati yg ingin diceritakan kepada semua orang. bicara kata pulak kata kata yg nak diluahkan oleh mulut dan lidah yg dianugerahkan oleh Allah ni. pertama sekali,BERSYUKURLAH! bersyukur kerana kita masih dikurniakan nikmat Allah ini. mampu bercerita. ada org lain nak bercerita pun segan. ni anugerah tau.
Alhamdulillah,setelah aku penat lelah belajar kat matrik dulu,(penat ke?),Allah dah beri aku lg satu nikmat. aku nak masuk UKM weiii!!!! dgr ni aku jerit ni!! Ya Allah,aku dah terbayang muka mak aku masa dpt tahu aku dpt masuk UKM tu. aku tahu mak aku gembira sgt sgt. sbb aku harapan dia. aku yg akan membela masa depan mak dan adik nanti. mak siap ckp kat aku,nanti ramai nak ikut nak hantar aku masuk uni. Ya Allah bahagia rasanya bila kita dpt gembirakan hati keluarga yg dicintai.
keluarga dan ilmu,hanya itu harta yg aku ada. harta yg sgt berharga. meski tak lengkap,tp aku bahagia. sejauh mana aku pergi,hanya mereka di hati. tp aku tak dpt kongsikan kegembiraan ini dgn arwah tok dan arwah wan. andai arwah tok masih ada,mesti arwah akan pesan supaya aku jaga diri,belajar pandai pandai,selalu telefonnya. Ya Allah,rindunya. Al-Fatihah buat mereka. moga tenang di sana.
Alhamdulillah. setelah hampir 3 minggu arwah meninggalkan kami,Allah menghantar 2 org anak saudara aku sbg pengganti. sekilas pandang seorang mcm muka arwah tok. seorang mcm muka arwah wan. Allahurabbi. :') semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah.
aku? mak dah pesan suruh cari seorang 'kawan' kat UKM nanti. haiii,jauh sgt mak fikir ni. anak mak ni nak belajar dulu. tp kalau mak serius sgt aku suruh mak je yg carikan nanti. aku tak kisah yg tak handsome,tak kaya. yg aku nak cuma yg mampu bimbing aku ke JannahNya.
seperti firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 26
سُوۡرَةُ النُّور
ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ (٢٦)
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (26)
ayat ini lah yg aku pegang buat azimat sepanjang masa. kalau aku nak lelaki yg baik,yg cintakan Allah,aku kenalah jd wanita yg baik dulu. ye dak?? Allah ckp kalau kita cari cintaNya,kelak Dia akan menemukan kita dgn org yg mencintaiNya juga. cintaNya yg aku dambakan. cinta manusia akan pudar,tetapi cinta Allah takkan pernah pudar.kita takkan pernah rasa kecewa bila kita bercinta dgn Allah.
Ya Allah,temukan daku dengan jodohku yg tepat,di waktu yg tepat,ditempat yg tepat yg telah Kau redhai. jagakan hatiku hanya utk yg halal buatku. sesungguhnya Kau pemilik segala hati hati yg ada di dunia ini.
semoga Allah redhai :)


0 comments:
Post a Comment