CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 8 December 2012

Lu pikir lu bagus nak marah marah? Bajet la lu..



Assalamualaikum wahai hamba Allah yg di redai sekalian. Cer tgk title post tu. Ewahh. Cer gitu. Pembetulan. Cuba tgk title post tu. Ada rasa nak gelak tak? Aku yg tulis ni pun rasa nak gelak guling guling je. Cewahhh. Gaya macam kak yong gangster nak belasah org je. Haha :) Tak senonoh betul perangai awk Nadwa oi.

Tgk domo tu. Mrh tp comel. Tp cuba tgk diri kita kalau mrh. Comel ke? Rasanya tak. Hodoh lg adalah.Kita semua tahu yg mrh tu tak elok. Tp kenapa ada antara kita yg tak sedar lg bahawasanya mrh tu tak baik? Dok gedik gedik jugak nak mrh mrh. Aje gedik teman nengoknye kome ni. 

Kita tak pernah sedar yg kita marah sebenarnya. Kadangkala mrh tu boleh jd dalam bentuk kita mengumpat,kita conteng lecture note dgn gambar kartun,kita buat muka tak puas hati dan mcm mcm lg la. Terkejut tak? Sebab aku pasti sepasti pastinya korang pernah buat. Tp semua tu kita tak sdr kan? Aku sendiri pernah buat. Tak tipu. Astaghfirullah. Kalau dah sedar skg cepat cepat lah beristighfar. Ingat Allah. Bertaubat. Sebab masa kita mrh tu,syaitan dok gelak terguling guling sbb dah berjaya memperdaya anak cucu cicit Adam. 

Kita manusia adalah yg sebaik baik kejadian. Kita adalah ciptaan Allah yg paling mulia. Sbbnya manusia pertama yakni Nabi Adam A.S,ciptaan Allah yg paling mulia,Allah mengarahkan para malaikat yg selalu berzikir terhadap Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam,kecuali Iblis yg angkuh tak nak bersujud kpd Nabi Adam. Alasannya manusia dicipta drpd tanah,sdgkn Iblis dan syaitan dicipta drpd api. Kononnya Iblis lg mulia,sdgkn Allah mencipta kita drpd pelbagai unsur. Unikkan manusia? Hangpa ja pkiaq yg hangpa tu tak dak apa aoa. 

Mrh tu sifat syaitan. Sedangkan kita adalah makhluk paling mulia,takkan nak ada peragai yg sama mcm syaitan. Tak mau la ceq. Apabila kita terasa yg diri kita dilanda amarah,cepat cepat beristighfar. Dengan beristighfar,kita bukan sahaja dah mengingati Allah dan dpt pahala,malah satu titik hitam dlm hati kita akan hilang. Amazing right? Lg tak mau ingat Allah. Kalau la hangpa nampak pahala tu mcm emas,confirm berebut rebut nakkan? Then,jdlah hamba yg bersyukur. Sesungguhnya dgn bersyukur,kita boleh buang sifat amarah dlm diri,dan dpt terapkan sifat sabar dlm diri. Tak rugi tau jd org yg bersabar. Allah syg wooo. Lg tak mau ka? 



Kalau rasa diri tu marah,cepat cepat pergi ambil wuduk,then buat solat sunat. Marah hilang,pahala dpt. Best tau. Luahkan segala galanya pada Allah. Allah tu Maha Mendengar tau.Allah adalah pemilik segala hati. Hanya Allah yg lebih mengetahui hati kita. Jgn lupa tu.




Ok lah. Sampai sini saja dulu. Nak buat report blok pulak. Terima kasih keran sudi baca. Harap ilmu yg dikongsikan ni bermanfaat utk korang. Jazakillah. :) Assalamualaikum.  

0 comments:

Post a Comment